Pada masa kini Blog sudah menjadi satu medium yang sangat penting.
Sudah ramai yang memiliki blog sendiri. Anak-anak muda juga sudah
bergiat aktif didalam dunia blogging. Tetapi adakah anda sedar bahawa
anda mempunyai kebolehan dan potensi untuk menjadi
seorang penulis yang profesional?
Jadi, apakah perkara-perkara penting yang perlu kita tahu untuk menjadi penulis yang profesional?
Untuk mendapatkan idea-idea yang bernas dan hasil penulisan yang
baik, kita perlu banyak membaca karya-karya penulisan hasil daripada
orang lain atau pakar penulis. Secara tidak langsung anda dapat
mencontohi cara mereka menulis dan menjadikan hasil penulisan anda lebih
baik pada masa akan datang. Anda mungkin boleh mencontohi penulis novel
popular sebagai idol anda.
- Tulis apa yang orang mahu.
Sebagai seorang penulis blog, anda jangan membuang masa dengan
bercerita perkara-perkara yang tidak memberikan faedah kepada anda. Saya
faham anda menulis di blog sebagai hobi semata-mata. Tetapi cuba anda
menukar gaya penulisan yang baru, anda menulis tentang sesuatu yang
dicari oleh orang lain. Secara tidak langsung anda sudah membantu orang
lain dan ini akan memberikan faedah kepada anda.
Bagi seorang penulis profesional, mereka semua akan memilih
waktu-waktu tertentu untuk menulis karya mereka. Jadi kita juga
seharusnya memilih waktu yang sesuai dengan diri kita untuk menulis
dengan baik. Apabila anda menulis pada waktu yang sesuai, saya yakin
hasil penulisan anda itu pasti lebih baik dan kemas.
- Menulis tentang kemahiran.
Untuk menulis tentang sesuatu perkara pasti susah. Jadi untuk
memudahkannya, anda tulis mengenai kemahiran anda. Sebagai contoh, anda
mahir didalam bidang ICT. Maka anda boleh bercerita tentang dunia ICT
didalam penulisan anda nanti. Tidak mustahil jika anda akan menerima
pelbagai soalan & permintaan nanti kerana Bidang ICT sangat luas dan
bagi mereka yang mempunyai ilmu mengenainya pasti sangat berharga.
Manfaatkanlah ilmu tersebut.
Sebagai seorang blogger dan ingin menjadi seorang penulis blog yang
profesional, anda perlu fokus. Iaitu anda memberikan tumpuan sepenuhnya
didalam sesuatu niche yang anda ceburi. Anda tidak boleh mengambil
bahagian didalam semua niche melainkan anda sudah mahir & pakar
didalam niche sebelum ini. Fokus amat penting untuk menjadi seorang
blogger yang berjaya.
Selepas selesai anda menulis, tidak salah jika anda pasarkan karya
penulisan anda tadi untuk mendapatkan populariti. Ini dapat membantu
anda untuk mencipta nama didalam dunia penulisan. Jadi jika anda seorang
blogger, anda promosikanlah blog anda supaya orang lain kenal anda
& percaya dengan anda.
Itulah yang dapat saya kongsikan dengan anda. Saya juga sedang
belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik dari masa ke semasa.
Tidak salah jika kita belajar bersama-sama. Jika anda rasakan ada lagi
perkara penting yang perlu dikongsikan, anda boleh kosngsikan diruang
komen.
Sudah sekian lama saya tidak update blog ini. Jika anda mempunyai
hasil penulisan yang ingin dikongsikan didalam rtikel.com, anda boleh
hubungi saya di webmaster[at]rtikel.com. Hantar artikel menarik anda
kepada saya & artikel anda mungkin akan berada didalam blog ini
beserta kredit kepada anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar